Namun kajian terperinci perlu dilakukan supaya hasrat murni meningkatkan penguasaan bahasa kedua itu dapat dilaksanakan secara tersusun dan membawa manfaat kepada semua pelajar dan transformasi yang positif terhadap sistem pendidikan Negara secara keseluruhannya.
Namun kajian terperinci perlu dilakukan supaya hasrat murni meningkatkan penguasaan bahasa kedua itu dapat dilaksanakan secara tersusun dan membawa manfaat kepada semua pelajar dan transformasi yang positif terhadap sistem pendidikan Negara secara keseluruhannya.
Rh.Sedau, Jagoi, Pakan, sebuah rumah panjang 27 pintu terletak 1 km dari Pekan Pakan terbakar jam 11.30 pagi pada 25 April, 2009 yang lalu. Api meranapkan keseluruhan rumah panjang yang diperbuat daripada kayu kurang dari setengah jam menyebabkan kebanyakan daripada 250 penghuninya kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
Di antara barangan yang tidak dapat diselamatkan dalam kejadian tersebut ialah sebuah van dan kereta Proton Iswara, 5 buah motosikal, 3 batang senapang patah, beberapa buah Injin sangkut, lada, padi dan pelbagai dokumen peribadi. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan walaupun beberapa penduduk mengalami cedera ringan semasa cuba menyelamatkan harta mereka.
Orang ramai termasuk anggota Bomba & Penyelamat yang masih cuba memadamkan api serta membantu mangsa menyelamatkan barang-barang.
Tapak rumah panjang yang tinggal selepas kebakaran
YB Dato Sri William Mawan Ikom, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, yang juga Wakil Rakyat Kawasan N.41 Pakan, bersama Pegawai Daerah Pakan serta Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat tempatan telah bergegas ke tempat kejadian dan menghulurkan bantuan sejumlah RM30 ribu untuk membantu mangsa. YB Dato' Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kawasan Julau juga melawat mangsa dan menyumbang bantuan sebanyak RM200.00 untuk setiap keluarga.
Pelbagai bantuan seperti wang, bahan makanan, pakaian, selimut, alat dapur dan lain-lain turut disumbangkan oleh rakyat tempatan dan juga pihak luar. Segala sumbangan dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meringankan beban dan kesedihan yang dialami oleh penduduk rumah panjang tersebut.
Seorang pelajar Tingkatan Tiga ditendang, diterajang, ditampar, dipukul, dihentak, disepak, di… oleh Sembilan orang pelajar senior di dalam bilik asrama sekolah. Peristiwa tersebut berlaku di asrama SMK Oya, Mukah dan disiarkan melalui video klip oleh pihak TV3 pada 02 Mac 2009.
Apa yang mengejutkan, tidak ramai rakyat Malaysia merasa hairan atau terkejut melihat video klip drama “1 VS 9” yang ditayangkan selama 3 minit itu. Bahkan ramai di antara kita termasuk para ibu bapa melihat video klip itu sebagai perkara biasa walaupun semua kita yang menontonnya merasa sangat sedih dan kasihan melihat keadaan mangsa. Sekarang masyarakat tidak hairan kes buli berlaku di kalangan pelajar kerana setiap hari kita terbaca tentang kes-kes pelajar yang mengganas sesama pelajar, terhadap guru dan kes-kes mereka yang terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah termasuk kes-kes berat seperti samun dan bunuh.
Mengapakah semua itu boleh terjadi? Dan Siapakah yang benar2 bertanggungjawab dan harus dipersalahkan dalam hal ini? Insiden yang dirakamkan ini dan disiarkan melalui internet sudah cukup membuktikan bahawa kes ini sudah lama berlaku di kalangan pelajar di sekolah tersebut. Tetapi mengapa pihak sekolah berdiam diri dan tidak membawa perkara ini ke pengetahuan pihak atasan untuk diambil tindakan dan diselesaikan?
Bagi membendung kes buli an gangsterisme yang kerap berlaku di kalangan pelajar sekarang, Suara Rimba menyarankan supaya ;
1. Perjumpaan berkala diadakan antara ibu bapa dan pihak sekolah sebagai langkah membendung disiplin pelajar yang semakin berleluasa
2. Mewujudkan kumpulam pemantau antara guru, ibu bapa, pihak polis dan pelajar bagi memastikan para pelajar sentiasa terkawal.
3. Menjalankan kursus-kursus yang boleh memberikan pendedahan kepada pelajar supaya dapat mengetengahkan potensi mereka sekaligus dapat memantapkan pelajaran mereka
4. Pihak Kemeneterian Pelajaran an Kementerian Belia dan Sukan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah disiplin pelajar.
Feb 20, 09 9:13 am - Malaysiakini
PM: They've disrespected sultan's decision
The move to suspend Perak Menteri Besar Zambry Abdul Kadir and his six Executive Councillors by Perak DUN Speaker V Sivakumar is tantamount to disrespecting the sultan's decision, said Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today.
Let assembly meet to endorse suspension, says Karpal
S Pathmawathy | Feb 19, 09 6:37pm
Veteran parliamentarian Karpal Singh today said that Perak state assembly speaker V. Sivakumar should call for a seating of the assembly to endorse the decision of its committee of special privileges to suspend Perak Mentri Besar Zambry Abd Kadir and his entire exco.
Police, MACC reports against speaker
Several pro-Umno non-governmental organisations will file reports with the police and Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) against Perak DUN Speaker V Sivakumar over the suspension of the state menteri besar and six executive councillors. (Sedition Act, 'abuse of power' & 'He acted as prosecutor and judge' )
Constitutional crises in the past
Sarawak, Kelantan and Sabah have all faced a similar constitutional crisis affecting Perak today - in 1966, 1977 and 1985 respectively.
|
| BAHAS... Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaludin dan Dr. Mohd. Khir Toyo bersalaman sebelum memulakan debat dalam rancangan Hujah terbitan TV9 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur malam tadi. |
17 Feb. – Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO, yang berdebat dalam rancangan bual bicara Hujah malam ini bersepakat untuk membawa perubahan yang lebih mantap kepada pergerakan itu dengan memperkenalkan prinsip perjuangan masing-masing. Bernama & TV9
Khairy Jamaluddin
- Pemuda UMNO perlu mempunyai satu pakej pengisian prinsip bersama dengan Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi membawa perubahan.
- Rupa bentuk dan pengisian Pemuda BN hanya bergabung semasa pilihan raya, tetapi selepas pilihan raya tidak pernah ada perhatian dan kurang program bersama.
- penyelarasan Pemuda Umno dan Pemuda BN juga dapat memperkemaskan semula prinsip dan hak kaum dan secara langsung akan memperkemaskan pergerakan itu sebagai satu gabungan parti nasional.
Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
- Pemuda UMNO perlu bersefahaman dan membetulkan kelemahan yang ada.
- Kepimpinan yang baru perlu tegas untuk terus memantapkan UMNO supaya parti tidak menyimpang dari perjuangan asal yang mengamalkan dasar keterbukaan demi kepentingan rakyat.
- Semua rakyat perlu memahami UMNO adalah parti orang Melayu yang mengamalkan dasar keterbukaan kepada semua rakyat khususnya menjaga kepentingan semua kaum termasuk Cina, India dan kaum etnik lain.
- rombakan dari peringkat kepimpinan tertinggi dan dari kalangan generasi muda akan membawa jati diri lebih kuat untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap Umno.
Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo
- Sayap parti itu perlu menjadi suara kerajaan dan rakyat yang dapat mengimbangi pelbagai isu agar tidak dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
- Pemuda UMNO bukan seperti Pemuda parti lain (pakatan pembangkang) yang hanya menjadi suara rakyat, Pemuda UMNO perlu jadi suara kerajaan dan menerangkan pelaksanaan dasar kerajaan kepada rakyat dengan jelas.
- Kemenangan pihak pembangkang di negeri Selangor akan menjadi pengajaran yang digunakan untuk membetulkan kelemahan bagi memantapkan parti UMNO.

