BULI, GANGSTERISME DI SEOLAH, SALAH SIAPA?

on Tuesday, March 3, 2009

Seorang pelajar Tingkatan Tiga ditendang, diterajang, ditampar, dipukul, dihentak, disepak, di… oleh Sembilan orang pelajar senior di dalam bilik asrama sekolah. Peristiwa tersebut berlaku di asrama SMK Oya, Mukah dan disiarkan melalui video klip oleh pihak TV3 pada 02 Mac 2009.

Apa yang mengejutkan, tidak ramai rakyat Malaysia merasa hairan atau terkejut melihat video klip drama “1 VS 9” yang ditayangkan selama 3 minit itu. Bahkan ramai di antara kita termasuk para ibu bapa melihat video klip itu sebagai perkara biasa walaupun semua kita yang menontonnya merasa sangat sedih dan kasihan melihat keadaan mangsa. Sekarang masyarakat tidak hairan kes buli berlaku di kalangan pelajar kerana setiap hari kita terbaca tentang kes-kes pelajar yang mengganas sesama pelajar, terhadap guru dan kes-kes mereka yang terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah termasuk kes-kes berat seperti samun dan bunuh.

Mengapakah semua itu boleh terjadi? Dan Siapakah yang benar2 bertanggungjawab dan harus dipersalahkan dalam hal ini? Insiden yang dirakamkan ini dan disiarkan melalui internet sudah cukup membuktikan bahawa kes ini sudah lama berlaku di kalangan pelajar di sekolah tersebut. Tetapi mengapa pihak sekolah berdiam diri dan tidak membawa perkara ini ke pengetahuan pihak atasan untuk diambil tindakan dan diselesaikan?

Bagi membendung kes buli an gangsterisme yang kerap berlaku di kalangan pelajar sekarang, Suara Rimba menyarankan supaya ;

1. Perjumpaan berkala diadakan antara ibu bapa dan pihak sekolah sebagai langkah membendung disiplin pelajar yang semakin berleluasa

2. Mewujudkan kumpulam pemantau antara guru, ibu bapa, pihak polis dan pelajar bagi memastikan para pelajar sentiasa terkawal.

3. Menjalankan kursus-kursus yang boleh memberikan pendedahan kepada pelajar supaya dapat mengetengahkan potensi mereka sekaligus dapat memantapkan pelajaran mereka

4. Pihak Kemeneterian Pelajaran an Kementerian Belia dan Sukan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah disiplin pelajar.