HINDRAF DIHARAMKAN

on Monday, October 20, 2008

Tindakan Kerajaan mengharamkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu atau HINDRAF – Hindu Rights Action Force adalah langkah yang wajar demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tindakan mengisytiharkan HINDRAF sebagai pertubuhan HARAM juga sangat sesuai berikutan kegiatan anggotanya yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) serta memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.

HINDRAF mula menarik perhatian umum pada 25 November, 2007 apabila kumpulan itu
memfailkan saman terhadap kerajaan Britain yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini. Mereka mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mereka mendesak Ratu Elizabeth II untuk menyokong tuntutan pampasan RM27.7 TRILION (4 trilion pound sterling) daripada Kerajaan British.

Terkini, kumpulan HINDREF melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kebanyakan isu yang diperjuangkan oleh HINDRAF adalah berhubung keadaan ekonomi, hak asasi kemanusiaan, tahanan ISA dan kawasan tapak beribadat yang merupakan perkara asas tuntutan NGO yang lain. Apa yang dikhuatiri terdapat segelintir rakyat Malaysia khas pihak pembangkang akan memutar-belitkan fakta dan membuatkan semua orang keliru dengan tindakan kerajaan.

Dengan itu, rakyat haruslah sentiasa waspada kerana pihak pembangkang mungkin mencari saluran lain untuk menyampaikan niat yang sama. Kerajaan juga perlu proaktif bagi mengelak kumpulan HINDRAF berkompromi dengan pembangkang untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka yang pasti akan merugikan negara.

SUARA RAKYAT.