on Friday, October 3, 2008

Tiada KOMUNIS Tiada ISA?

ISA berusia 48 tahun dan terbukti berkesan dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan Negara. Tetapi, Saya sangat hairan mengapa banyak pihak yang menuntut agar undang-undang mengenai Keselamatan dan Ketenteraman Awam ini dikecil atau dimansuhkan? Secara logiknya golongan yang berhaluan kiri pastinya akan menentang undang-undang dan segala rintangan yang menghalang usaha mereka. Jesteru pihak pembangkang serta kumpulan-kumpulan pelampau cenderung mendesak kerajaan agar menghapuskan ISA semata-mata untuk mencapai hasrat masing-masing.

Kita masih ingat dengan jelas kata-kata Almarhum Tunku bahawa tujuan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 diluluskan adalah untuk benteras dan menangani ancaman komunis sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Adalah amat jelas semua ini dilakukan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Negara kita akan sentiasa terpilihara memandangkan komunis menjadi ancaman utama kepada Negara pada ketika itu. Mungkin terjemahan langsung oleh Pakar Undang-undang ISA patut dihapuskan apabila komunis tiada lagi di Malaysia. Tetapi bagi pengamal Sains Politik dan Sains Kemasyarakatan, aplikasi dan implikasi akta ini amat penting serta masih diperlukan bagi mencegah anasir subersif yang berselindung di sebalik hak asasi dan keadilan, liberalisasi, orde global dan sebagainya. Walaupun bukan ancaman bersenjata, tetapi ideologi dan fahaman ala komunis sekarang banyak menyerap dalam NGO, parti politik haluan kiri, professional, aktivis perpaduan, penganjur bangsa Malaysia, media dan lain-lain. Mereka ibarat dedalu atau parasit di pokok Perlembagaan dan Undang-undang padahal mereka ternyata kurang hayati sejarah dan cita-cita Negara yang berteraskan Kontrak Sosial yang gah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Para pengamal undang-undang juga semakin penting serta diperlukan dalam masyarakat kita berbanding dengan dahulu. Saya rasa tiada undang-undang yang semakin ringan/mengecil bagi menangani kesalahan-kesalahan yang semakin kompleks dilakukan oleh jenayah yang melanggar peraturan jalanraya, dadah, kewangan dan kesalahan lain. Dan mengapa pula ISA dituntut supaya dikecilkan atau sesetengah pihak berharap agar ISA dimansuhkan ketika rakyat dalam kebinggungan melihat apa yang sedang berlaku di depan mereka sekarang? Pelbagai insiden yang dicetuskan oleh banyak pihak termasuk pelampau politik, pelampau agama, pelampau ideologi, NGOs, aktivis dan golongan pendesak sejak kebelakangan ini sangat bahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dalam negara. Sekali lagi ISA digobal untuk mengawal semua ini dan terbukti berkesan. Ternyata semua yang berlaku bukan disebabkan ISA tetapi kerana kerajaan terlalu berlembut melaksanakan ISA. Sewajarnya Akta keselamatan Dalam Negeri diperluaskan lagi bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan Negara.

Kalaulah rakyat Malaysia hayati Perlembagaan, ikut fakta sejarah Negara hingga kita mencapai kemerdekaan, amal Bangsa Malaysia, cintakan Negara, bertemadun bertoleransi tinggi, utuhkan psikologi dengan minda kelas pertama, befikiran global, liberal, bersatupadu dengan satu seruan “Hidup Bangsa Malaysia”, rasanya tak akan ada suara racist atau perkauman, mungkin ISA juga tidak akan diperlukan lagi. Tetapi selagi ada masalahan dan terdapatnya kepincangan dalam amalan-amalan di atas, maka ISA tetap relevan demi kebaikan rakyat dan kepentingan Negara.

SUARA RIMBA

SALAM SEJAHTERA,,,,,

on Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,

Diucapkan kepada seluruh Umat Islam yang menyambut Hari Lebara
n pada 1 Syawal/Bulan yang mulia. Semoga kalian sentiasa bahagia dan bergembira berHari Raya bersama keluarga tercinta. Teruskanlah tradisi kunjung-mengunjung, balik kampung dan menziarahi sahabat handai dan teman saudara, tua muda bagi mengeratkan silaturahim dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan berbagai agama rakyat Malaysia.

Dalam kita menikmati suasana Hari Raya..... INGATLAH Berhati-hati di jalan raya - Pandu Cermat Jiwa Selamat, Bertimbangrasa di jalan raya jadikan amalan rakyat Malaysia.

Semoga Malaysia terus MAKMUR SEJAHTERA.


Suara Rimba