PEMIMPIN PAS DAN PAKATAN RAKYAT JAHIL

on Wednesday, July 29, 2009

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung kekalahan calon Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai pada 07 Mac 2009 disebabkan para pengundi di situ (Majoriti Kaum Iban) tidak tahu mengundi dan memakai cawat (“Sirat ” – istilah tempatan).

Abdul Hadi dipetik menerusi portal Malaysiakini pada 11 Julai 2009 sebagai berkata; “Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batai Ai sahaja kita kalah sebab mereka tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.”

Sikap para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain yang “tipikal dan senada” menunjukkan mereka jelas mempertahankan kenyataan Hadi yang kontraversi dan sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum lain.

Sebagai pemimpin parti Islam, Abdul Hadi tidak patut mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat majmuk di Malaysia. Jika kenyataannya diberi kesimpulan, maka Abdul Hadi patut akur bahawa pengundi pakai cawat telahpun menumpaskan Pakatan Rakyat termasuk PAS dalam Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu dan seterusnya berjaya menubuhkan Kerajaan Malaysia menerusi Barisan Nasional. Mungkinkah ini tidak cukup untuk menyedarkan Abdul Hadi bahawa pemakai cawat lebih reti undi daripada Hadi yang jahil dan kehilangan sensitiviti.

Sewajarnya, rakyat Sarawak terus menolak ideologi parti dan prinsip perjuangan para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat kerana sikap para pemimpinnya yang cetek dan jahil tidak boleh diterima oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia.

1SARAWAK 1HARGA

on Wednesday, July 22, 2009

“Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM56.4 juta untuk Skim 1Sarawak 1Harga iaitu sebanyak RM2.4 juta bagi penyeragaman harga untuk pengedaran barang keperluan seluruh Sarawak dengan membabitkan 59 kawasan, manakala RM24 juta untuk LPG dan RM30 juta lagi untuk Minyak Petrol dan Diesel”, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa melancarkan Skim 1Sarawak 1Harga di Rh Jembat Dalang, Bintulu pada 20 Julai, 2009.

Semua harga barangan keperluan diselaraskan di seluruh negeri menjelang akhir tahun ini manakala di Bintulu ia dikuatkuasakan serta-merta dengan majlis pelancarannya.

Penguatkuasaan penyeragaman harga di bawah Skim “1Sarawak 1Harga” itu perlu bagi memastikan penduduk luar bandar tidak lagi menanggung beban dan juga kos untuk datang ke bandar bagi mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah. Pada masa ini penduduk di pedalaman terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang sangat banyak untuk pengangkutan sungai selain dibebankan dengan harga barangan yang mahal. Oleh yang demikian, penyeragaman harga barangan keperluan di negeri ini akan mengutamakan penduduk luar bandar yang menggunakan pengangkutan sungai atau tidak dapat dilalui dengan jalan darat.

Langkah kerajaan melaksanakan Skim 1Sarawak 1Harga merupakan usaha murni Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan sekarang dalam merealisasikan Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sumber : Utusan Borneo 21 Julai 2009

Najib Umum Hadiah 100 Hari Sebagai PM Dan Konsep 1Malaysia Diterima Baik

on Tuesday, July 14, 2009

Pengumuman 11 berita baik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri disifatkan sebagai bukti pendekatan "Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan" dalam gagasan 1Malaysia bukan cakap kosong.

Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kesemua yang dilakukan Najib adalah semata-mata untuk kebaikan rakyat dan gagasan yang diinspirasikan oleh Najib itu memastikan bahawa rakyat akan diberi tumpuan dan keutamaaan.

"Beliau tidak langsung berminat untuk cuma cakap kosong dan retorik seperti yang ditunjukkan oleh kepimpinan barisan pakatan pembangkang.

"Wanita BN akan terus membantu dalam beliau menentukan visi dan misi sebagai Perdana Menteri dan pengerusi BN untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara menjadi kenyataan," kata Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno dalam satu kenyataan.

Sementara itu Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Perdana Menteri telah menunjukkan komitmen dan keprihatinan beliau kepada rakyat serta menjadikan slogan "1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan" menjadi kenyataan.

"Kita dapat lihat hari ini PM sudah umumkan 11 lagi berita baik kepada rakyat dengan menumpukan kepada memberi manfaat kepada rakyat. Inilah yang kita katakan dasar-dasar yang digaris PM adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhan," kata Liow yang juga Menteri Kesihatan.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana meluluskan permohonan parti itu untuk mendapatkan peruntukan tambahan di bawah Tekun.

"Pada mulanya, peruntukan itu adalah RM3 juta tetapi kami meminta supaya ia dinaikkan kepda RM10 juta. Perdana Menteri sebaliknya memberikan peruntukan RM15 juta," katanya.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan pula berkata dalam masa 100 hari, Perdana Menteri berjaya menjana semangat dan harapan baru kepada rakyat di negara ini dengan gagasan 1Malaysia untuk semua kaum di serata pelusuk negara.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan Najib sebagai seorang negarawan yang mementingkan masa depan dan bersikap terbuka ke arah usaha perpaduan politik walau pun ia masih terbantut.

Di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai beberapa perkara untuk kepentingan negeri dan rakyat Sabah termasuk mengatasi masalah sijil kelahiran, jalan raya di luar bandar ditambah dari 750km kepada 1,500km dan meningkatkan pembekalan air jelas menterjemahkan semangat 1Malaysia.

Beliau berkata Perdana Menteri ternyata mengutamakan kesejahteraan dan membela nasib rakyat.

"Inilah antara isu yang sering disuarakan rakyat Sabah dan sebagai pemimpin kerajaan yang berjiwa rakyat, Perdana Menteri bukan sahaja mendengar bahkan bertindak untuk mengatasi masalah rakyat," katanya.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Pang Yuk Ming menyifatkan pengumuman Perdana Menteri untuk meningkatkan kemudahan jalan raya dan bekalan air di Sabah sebagai "bonanza" atau hadiah terbaik kepada rakyat Sabah yang memberikan sokongan padu kepada BN pada pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau berkata peruntukan tambahan untuk melaksanakan projek jalan raya dan bekalan air memang wajar diberikan kepada Sabah memandangkan negeri berkenaan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kemudahan di Semenanjung.

Sementara itu, naib presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Cyril Yansalang turut menyambut baik pengumuman berita gembira untuk rakyat Sabah.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan Pusat berhati-hati berhubung isu yang membabitkan pendaftaran kelahiran di Sabah.

"Harus diingat Sabah masih dibebani dengan masalah pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai dokumen yang sah. Ramai juga pendatang yang sudah pun memiliki MyKad dengan pendaftaran lewat kelahiran," katanya.

Di KUCHING, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata 11 langkah mesra rakyat yang diumumkan Najib, termasuk tambahan pembinaan jalan raya dan meningkatkan bekalan air serta elektrik di Sabah dan Sarawak akan merapatkan jurang pembangunan bandar-luar bandar di kedua-dua negeri itu.

"Bagi pihak Sarawak, kami amat gembira kerana Perdana Menteri memahami keperluan kami dengan menyediakan jalan raya, bekalan air dan elektrik yang lebih baik kepada penduduk pedalaman di negeri ini," katanya.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing menyifatkan pengumuman Perdana Menteri itu sebagai 'satu langkah baik' dan berharap lebih banyak peruntukan akan disalurkan kepada projek kemudahan asas dan menambah baik jalan raya di Sarawak.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan berkata usaha bersepadu bagi menyediakan kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan pedalaman Sarawak selain meringankan bebanan mereka.

11 Julai 2009 : Sumber -- BERNAMA

58 PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI DI SARAWAK MENJELANG 2010

on Monday, July 6, 2009

Kerajaan bercadang untuk membina sehingga 58 Pusat Jalur Lebar Komuniti di Sarawak menjelang 2010 dalam usahanya untuk merapatkan jurang digital di luar bandar. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikaksi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato Joseph Salang Gandum, menjelaskan program itu akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia (MCMC) yang akan menelan belanja sejujumlah RM420 juta.

Menurut YB Dato Joseph Salang yang juga Ahli Parlimen P.209 Julau, Sabah dan Sarawak mendapat agihan besar dengan jumlah melebihi RM850 juta dari Tabung Universal Service Provider (USP) iaitu sumbangan daripada pihak pembekal komunikasi di negara ini sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka. YB Dato Joseph Salang diiringi oleh Pemangku Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Mohamed Sharil Tarmizi dan Ahli Lembaga MCMC Datuk Idris Abdullah melawat Pusat-puat Jalur Lebar Komuniti di Julau dan Pakan yang akan mula beroperasi bulan ini.