HARGA MINYAK TURUN 7 KALI ….Harga Barang ???

on Tuesday, December 16, 2008

Ketika harga minyak mentah dunia melambung pada paras tertinggi sekitar AS$125 setong pada Jun lepas, Kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter. Sejak bulan Ogos Kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 7 kali sehingga harga petrol lebih rendah dari harganya pada tahun 2007.
Dan semalam berikutan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia yang berlegar pada kadar AS$47.35 (RM165.73) setong, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga minyak diturunkan 10 sen seliter iaitu petrol RON97 daripada RM1.90 kepada RM1.80, RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70 sen seliter.
“Berkuat kuasa tarikh yang sama (tengah malam ini) juga, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen seliter daripada RM1.43 kepada RM1.30 seliter seperti mana yang telah diumumkan oleh PM sebelum ini.
Jelas BN sebuah kerajaan yang bertanggungjawab telah bersedia menurunkan harga minyak bagi meringankan beban rakyat. Kerajaan juga tetap mengotakan janjinya untuk membela nasib rakyat dan sedaya upaya memastikan ekonomi negara terus berkembang dengan pesat.

Tetapi mengakah rakyat masih merunggut, bahkan ada juga pihak-pihak yang tidak puashati hingga berdemonstrasi walaupun diberi minyak bersusidi?

Rakyat Malaysia kini mengeluh kerana harga barangan di pasaran sekarang sangat mahal dan tidak diturunkan walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak 7 kali sejak Ogos tahun ini. Siapakah yang bertanggungjawab dan boleh dipersalahkan?

Adakah rakyat yang salah memilih kerajaan yang bertanggungjawab tetapi terlalu berlembut dan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada semua pihak yang wajar dan bertanggungjawab untuk menyumbang secara positif dalam mengatasi masalah harga barang yang dihadapi? Atau betulkah sikap peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati untuk mengaut keuntungan di samping memeras serta menekan kerajaan dan menyeksa rakyat?

Rakan-rakan SUARA RIMBA berpendapat, jika harga barangan itu telah naik berikutan kenaikan harga minyak sejak Jun lepas, maka sekarang harga barang-barang tersebut juga perlu diturunkan sekurang-kurangnya kepada paras harganya sebelum berlaku kenaikkan harga minyak dahulu. APA PANDANGAN ANDA?